Rabu, 23 Februari 2011

keluaga ber IMAN


E-mail Print PDF
Pada hakikatnya sebuah rumah tangga muslim merupakan dasar bagi terbentuknya sebuah masyarakat. Jika asas suatu  bangunan kukuh, maka insya'Allah bangunan yang akan turut didirikan juga akan kukuh. Oleh itu, islam sangat memerhatikan hukum-hukum yang berlaku agar rumah tangga itu menjadi sebuah tiang yan kuat lagi utuh bagi terwujudnya suatu masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan rumah tangga muslim?setiap individu mempunyai maksud dan definisinya sendiri mengenai rumah tangga muslim. Mungkin kebanyakkannya beranggapan bahawa sudah cukup dengan hanya kita bernikah dengan orang islam membolehkan terbentuknya sebuah rumah tangga muslim.Tetapi sebenarya itu sahaja tidak cukup. Jom kite lihat ape definisi bagi rumah tangga muslim iaitu sekelompok individu yang terdiri atas orang tua dan anak2 yang hidup bersama dalam suasana islam dan diikat oleh norma-norma keluarga muslim yang selalu merujuk pelbagai perkara hidupnya pada syariat islam.Tujuan rumah tangga muslim adalah mencipta kehidupan yang penuh rasa aman, tenteram, kasih sayang dan rahmat, dengan mengharapkan redha ALLAH di dunia dan akhirat.
Unsur2 yang membentuk rumah tangga muslim..
1. Adanya suasana yang dapat mengumpulkan ahli keluarga.
2. Adanya individu2 yang dapat membentuk keluarga,misalnya orang tua,anak dan sebagainya.
3. Adanya hubungan kekeluargaan yang terjalin antara para ahli keluarga.
4. Adanya norma2 dan nilai2 islami dalam segala masalah rumah tangga.
5. Bertujuan menciptakan hidup sejahtera di dunia dan hidup bahagia dengan memperolehi redha Allah swt di akhirat

Tidak ada komentar:

Posting Komentar